KOD SEKOLAH : BBA 6018

SK Simpang 4 BNO Sabak Bernam merupakan sekolah yang terletak berdekatan dengan Pantai Bagan Nakhod

Tuesday 2 August 2016

VISI



VISI

"SKS4BNO Menjadi Sekolah Cemerlang Pada Tahun 2010"


MISI



Misi bagi sekolah kami ialah :

 "Meningkatkan Prestasi Akademik,
 Sahsiah dan Kokurikulum Murid
 Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara"


Objektif



Piagam Pelanggan




Lencana Sekolah




Merah - Menunjukkan keberanian

 Hijau - Kesuburan tanah dan persekitaran

Biru - Merupakan perpaduan

Kuning - Kedaulatan negeri bersultan






Sejarah Sekolah

Sejarah Sekolah
Penubuhan Sekolah Sejarah pembukaan Sekolah Kebangsaan Simpang 4 Bagan Nakhoda Omar (BNO) bermula pada tahun 1930an. Pada ketika itu murid-murid belajar di sebelah perkarangan Masjid Kampung Simpang Empat kerana masih belum lagi mempunyai bangunannya sendiri. Guru yang mula-mula mengajar mereka adalah seorang 'Guru Rakyat' yang dikenali dengan nama Cikgu Yah. Murid-murid belajar dengan duduk di atas lantai papan dan menggunakan 'KALAM' untuk menulis di atas 'Papan Batu'. Cikgu Yah diberi bayaran saguhati, hasil kutipan derma dari penduduk kampung pada waktu itu. Pada tahun 1951, atas daya usaha orang kampung, maka terbina lah sebuah bangunan yang bernilai RM2.023.80 pada ketika itu.

Guru Besar
Pihak kerajaan telah menghantar seorang Guru Besar yang pertama dan seorang guru pelatih ke sekolah tersebut. Beliau berasal dari Beranang, Selangor dan dikenali dengan nama Encik Abu Bakar bin Ujang. Pada tahun 1959, bangunan sekolah yang dibina oleh penduduk kampung telah runtuh. Pada tahun yang sama (1959), pihak kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan baru mengandungi tiga bilik darjah, dua rumah guru dan sebuah Mess (rumah panjang) yang mengandungi empat buah bilik. Bangunan baru telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Mohd Khir Johari, Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu. Pada bulan Disember tahun 1962, pihak kerajaan telah menambah dua buah bilik darjah lagi yang menjadikan kesemuanya berjumlah lima buah. Keluasan bilik darjah berikut adalah 30' x 30' persegi manakala keluasan sekolah adalah 30' x 150' persegi. Pada tahun 1964, sekolah ini telah mempunyai seorang siak dan juga seorang tukang kebun. Tukang Kebun yang pertama ialah Encik Shamsuddin bin Hamid. Pada tahun 1967, sebuah kantin telah didirikan oleh pihak JKR Sabak Bernam dan mula digunakan pada 1hb Februari 1968 (di kawasan sekolah lama). Pada tahun 1975 pula sebuah bangunan sekolah dua tingkat telah dibina oleh kerajaan. Ia mengandungi sebuah pejabat, tiga buah bilik darjah, sebuah dewan, sebuah stor dan tandas untuk kegunaan guru-guru dan murid-murid. Pada tahun 1978, sebuah lagi kantin telah dibina oleh kerajaan berdekatan dengan bangunan dua tingkat sekolah baru. 

Kelengkapan 


Empat Cabang Bagaimanakah nama Simpang Empat itu diperolehi? Simpang Empat adalah merupakan satu tempat penting di mana ia dapat menghubungkan ke beberapa kampung dan tempat-tempat lain yang berhampiran. Oleh kerana jalan tersebut mempunyai empat cabang, maka wujudlah nama 'Simpang Empat' sehingga kini. Empat cabang jalan itu menuju ke tempat-tempat seperti berikut : 1. Simpang yang pertama menuju ke arah barat. Kampung-kampung yang terletak di kawasan ini ialah Kg. Teluk Rhu, Kg. Sg. Apong dan Kg. Parit Baharu. 2. Simpang yang kedua menuju ke arah utara. Simpang ini menghubungkan Kg. Sg. Air Tawar dan Kg. Sungai Tengar. 3. Simpang yang ketiga boleh menghubungkan pekan Sabak Bernam, pekan Sungai Besar dan lain-lain tempat. 4. Simpang yang keempat pula menghala ke Bagan iaitu kawasan perkampungan nelayan Cina dan Melayu dan juga pantai BNO.